SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(DUA 2012)
PENSYARAH: USTAZAH WATI MOHAMMAD
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
KURSUS: DEE. KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
KELAS: DEE2A
TUGASAN:
HURAIKAN TENTANG PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN DAN SAINS BERDASARKAN DALIL-DALIL SAHIH
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD NASRUL NIZAM BIN MOHD NASIR (12DEE17F1031)
IMRAN BIN IBRAHIM (12DEE17F1025)
MOHAMAD ALIF HAKIMI BIN BAKAR@IBRAHIM (12DEE17F1011)
ISI KANDUNGAN
-PENGHARGAAN
-PENDAHULUAN
-PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM
-PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
-TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI
-KESIMPULAN
-LAMPIRAN
-RUJUKAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirabbil”alamin, kami merafa’kan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada PUAN WATI BINTI MOHAMMAD Pensyarah Matapelajaran Sains ,Teknologi dan Kejuteraan dalam Islam(DUA 2012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku .Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan –rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang merialisasikan tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini,begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidikan di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Pada dewasa kini,pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina ,begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
PENDAHULUAN
Sebelum islam lahir,dunia ilmu pengetahuan masih gelap,di penuhi oleh dugaan dan khayalan yang tidak masuk akal sehingga hasilnya bukan ilmu pengetahuan yang ilmiah,akan tetapi khayalan yang penuh mitos serta kepercayaan yang salah dari kenyataan yang sebenar dalam segala cabang ilmu.Tuhanlah yang menciptakan manusia,bermula manusia diciptakan dari bahan tanah dan selanjutnya dengan pembiakan sperma dan ovum sehingga menjadi manusia yang melalui liku-liku dan halangan yang mengkagumkan dalam hidupnya.Dalam keadaan manusia penuh kejahilan dalam segala hal,maka islam turun ke dunia untuk menerangi manusia dalam keagamaan yang benar (islam) demi keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.Mereka yang sedar akan berhijrah dari jalan yang sesat ke jalan yang lurus dan rasional yang ada dalam seluruh struktur islam ini.Maka itu tidak hairanlah apabila isi islam seiringan dengan ilmu pengetahuan yang sesat dan tidak menemui hakikat yang sebenarnya dari ilmu yang diselidiki itu sendiri.Jadi,sebagai umat islam yang bertaqwa dan beriman kita harus mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama islam supay kita tidak tersesat seperti golongan yang telah tersesat seperti yang berlaku pada masa ini.Ilmu pengetahuan yang mantap mengenai agama yang mendalam dan dapat menuju ke jalan yang lurus.
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM
Al-quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran:59),tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-hijr : 28),tanah liat (Surah Ashshafat : 11),sari pati tanah (Surah Al-shad :71) dan sebagainya.Semasa penciptaan Adam,Allah telah berfirman bahawa “Jadilah,maka jadilah ia”(Surah Ali Imran : 59).Oleh itu,proses kejadian manusia menurut Al-quran adalah lebih sahih dan relevan kerana mempunyai bukti yang kukuh.Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan. Setelah berpandukan pada (Surah Al-A’la : 1-3),penciptaan atau kejadian manusia terbahagi kepada tiga (3).Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia.Pertama,Allah telah menciptakan manusia pertama daripada tanah (Adam).Kedua,penciptaan manusia kedua daripada bahan baku manusia pertama (Hawa).Akhir sekali,penciptaan manusia daripada bahan baku manusia pertama (Adam) dan manusia kedua (Hawa).Oleh itu,kita sebagai anak cucu Adam haruslah berasa bangga kerana kita ini daripada sebaik-baik kejadian dan lebih mulia daripada makhluk yang lain. Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan. Dalam Surah Al-Qiyamah (75 : 37-39),penciptaan manusia terbahagi kepada empat (4) tahap.Allah telah menyatakan bahawa manusia terjadi daripada percampuan Nutfah.Nutfah ialah air mani.Air mani ini terdiri daripada air mani lelaki dan perempuan.Allah telah berfirman dalam Al-Quran melalui (surah Al-Insan:2).Mafhumnya:Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitits air mani yang bercampur yang kami(hendak menguji dengan perintah dan larangan).Kami jadikan dia melihat dan mendengar.Selepas itu,daripada Nutfah telah berubah menjadi Alaqah,Mudghah dan Izam dan Lahm.Allah telah berfirman dalam (surah Al-Mukminun :14) yang bermaksud kemudian kami mengubah nutfah menjadi alaqah(seketul darah),lalu kami menciptakan seketul darah beku itu menjadi seketul daging(menjadi anggota badan)dan seketul daging itu kami jadikan tulang-tulang itu dan kami bungkus dengan daging(terbentuk segala system saraf).Tafsir Al-Quran.
Peringkat Satu - Nutfah
-Nutfah adalah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " (surah al-Insan ayat - 2)
-Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf yang membawa ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Peringkat Dua - Alaqah
-Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud :
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun : 14)
-Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
1. sesuatu yang bergantung atau melekat
2. pacat atau lintah
3. suatu buku atau ketulan darah
-Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam
Peringkat Tiga - Mudghah
-Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Allah berfirman:
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (Al-Mukminun : 14)
-Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
Peringkat Empat - Izam dan Lahm
-Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (Al-Mukminun : 14)
-Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Janin Minggu ke – 12 |
Peringkat Lima - Nasy'ah Khalqan Akhar
-Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
Peringkat Enam - Nafkhur-Ruh
-Ini merupakan peringkat terakhir di mana peringkat peniupan roh.Para ulamak Islam sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.
-Setelah semua peringkat ini selesai, barulah seorang ibu akan melahirkan seorang bayi yang sihat. Kepayahan dan pengorbanan seorang ibu amat tinggi dan harus dikenang sepanjang masa.
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS
-Berbicara
tentang asal-usul kejadian manusia mengharuskan kita untuk berbicara tentang
asal-usul kehidupan dan hidup.teori pertama yang dapat dikenali dari
Aristotle (384-322M) yang di sebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio
Spontanea.menurut teori ini,semua yang hidup muncul secara terus menerus dari
yang mati atau materi.namun teori ini di ragui oleh Lazardo
Spanlazani,Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari
Perancis),Berjaya membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari materi yang
mati.Semenjak itu,pada tahun 1860,telah muncul teori baharu yang menyatakan
bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne
vivum ex vivo).Ir.H.Basit Wahid(1983),Evolusi Manusia dan Konsepsi
Islam,Bandung,Indonesia:NV Tarate
Setelah itu,munculnya teori evolusi dari Charles Darwin(1809-1882).Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”.Teori ini juga menyatakan bahawa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju kesempurnaan dan kebahagiaan.Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960).Persoalan jika benar manusia berasal dari kera mengapa manusia tidak berubah menjadi kera dan begitu juga sebaliknya.Oleh sebab itu,manusia dan kera adalah berbeza san teori ini adalah tidak relevan.Bucailie Maurice Dr.(1984),Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible,Al-quran dan Sains,Bandung,Indonesia:Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah diciptakan.Hal ini dapat membuktikan bahawa lapisan-lapisan batu di dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologis.Sepanjang waktu geologis yang enam (dari azoicum sehingga dengan enzoikummengenai evolusi.Hal ini bermakna,teori sebelum ini telah berlawan dengan teorinya.Darwin juga telah membuktikan bahawa teori sebelum ini adalah tidak relevan dan bercanggah berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Bucailie Maurice Dr.(1984),Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible,Al-quran dan Sains,Bandung,Indonesia:
Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah diciptakan.Hal ini dapat membuktikan bahawa lapisan-lapisan batu di dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologis.Sepanjang waktu geologis yang enam (dari azoicum sehingga dengan enzoikummengenai evolusi.Hal ini bermakna,teori sebelum ini telah berlawan dengan teorinya.Darwin juga telah membuktikan bahawa teori sebelum ini adalah tidak relevan dan bercanggah berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Bucailie Maurice Dr.(1984),Asal-usul Kejadian Manusia Menurut Bible,Al-quran dan Sains,Bandung,Indonesia:
-Teori sains menggariskan, bayi yang di dalam kandungan akan menghrungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus.
1) Tahap Pre-embrionik
-Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan.
2) Tahap Embrionik
-Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut.
3) Tahap fetus
-Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran.
TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI
MUKA BUMI
-Sebenarnya sebelum ditetapkan khalifah itu allah mengemukakan amanat itu kepada langit,bumi dan gunung-gunung tapi semua menolak amanat itu kerana tidak sanggup. namun manusia bersedia memikulnya.Hal ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Ahzad:72.Oleh itu,kita sebagai khalifah seharusnya melaksanakan amanat Allah di muka bumi tetapi pada sisinya ia melihat syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan tidak melaksanakan amanat Allah. . Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:Penerbitan Mizan.
Dalam surah Al-Luqman:20, Allah telah menyatakan bahawa kepada siapa saja yang ada di langit dan di bumi dan juga segala macam isi yang dikandungnya agar tunduk kepada manusia.Semua itu dimaksudkan agar manusia dengan segala kemampuannya dapat mengolah sumber-sumber alam. Oleh itu allah telah menyediakan prasarana pula (ilmu pengetahuan,hidayah agama dan kitab suci).Oleh itu setiap khalifah di muka bumi harus berpegang kepada 3 hal.Allah telah memberikan kita kemampuan berfikir untuk meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan kekuatan rohani manusia untuk menghayati ajaran Allah.Allah juga telah memberikan hidayah kepada manusia untuk mampu dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran untuk melakukan semua itu. . Bucailie Maurine Dr. , (1984) Asal-usul kejadian manusia menurut Al-Quran,Sains dan Bible.Bandung,Indonesia:PenerbAllah telah memberikan beberapa keistimewaan kepada manusia yang menjadi khalifa
KESIMPULAN
-Kesimpulannya proses kejadian manusia terbahagi kepada 2 teori iaitu barat dan islam.melalui teori barat pada mulanya dipercayai tetapi akhirnya diragui oleh golongan intelektual dan di anggap tidak relevan.hanya teori islam masih relevan dan terbukti hingga kini.Oleh itu manusia dianggap mulia dan sebaik-baik kejadian di muka bumi.manusia juga telah menjadi khalifah di muka bumi ini dengan menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka.Tanggungjawab itu merupakan amanah Allah S.W.T. Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat.Bagi memikul tanggungjawab ini,pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah SWT kepada kita. Kita seharusnya menghargai darjat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan kerana kita adalah semulia-mulia kejadian yang telah dITETAPKAN OLEH ALLAH SWT.
LAMPIRAN
Perkembangan zigot kepada fetus
Proses kejadian manusia mengikut islam
RUJUKAN